Peluang Penajaan KBJB
Sokong Bolasepak Akar Umbi. Bina Generasi Masa Depan.
Bantu Kami Membentuk Generasi Masa Depan Melalui Bolasepak Akar Umbi
KBJB bukan sekadar kelab bolasepak, ia adalah komuniti yang membina sahsiah, disiplin dan impian anak-anak. Sumbangan anda akan terus menyokong program latihan, penyertaan liga dan pembangunan jurulatih akar umbi.
Mengapa Sumbangan Anda Penting
Sumber utama kewangan KBJB hanyalah melalui yuran kelab yang dibayar oleh pelatih. Namun begitu, jumlah yuran ini tidak mencukupi untuk menampung kos operasi kelab yang melebihi RM120,000 setahun.
Antara kos operasi yang perlu ditampung:
Antara kos operasi yang perlu ditampung:
- Peralatan latihan: jersi, bola, kon dan peralatan latihan yang lain
- Sewa padang (turf & rumput)
- Yuran penyertaan kejohanan luar
- Kos penganjuran liga dalaman (Liga Junior Bangi, KBJB Bangi Cup, One Day Tournament)
- Kos pentadbiran kelab
- Peralatan latihan: jersi, bola, kon dan peralatan latihan yang lain
- Sewa padang (turf & rumput)
- Yuran penyertaan kejohanan luar
- Kos penganjuran liga dalaman (Liga Junior Bangi, KBJB Bangi Cup, One Day Tournament)
- Kos pentadbiran kelab













Jenis Sumbangan yang Diterima
Kami mengalu-alukan dua jenis sumbangan:
1. Sumbangan Biasa
Terbuka kepada mana-mana pihak yang ingin membantu operasi kelab melalui sumbangan wang tunai, barangan, atau penajaan program.
2. Sumbangan Layak Pengecualian Cukai
KBJB berdaftar di bawah Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) melalui Tabung Sukan Negeri, dan sumbangan melalui saluran ini layak mendapat pengecualian cukai di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967. Resit rasmi pengecualian cukai akan dikeluarkan oleh MSNS.
Sila hubungi kami untuk prosedur sumbangan melalui saluran ini.
Pakej Penajaan KBJB
Kami menawarkan pelbagai pilihan penajaan yang fleksibel:
| Jenis Penajaan | Jumlah Sumbangan | Faedah Penajaan |
| Platinum | RM50,000 | Penaja utama jersi Latihan & kejohanan serta promosi digital |
| Gold | RM20,000 | Penaja jersi kejohanan luar & acara utama |
| Silver | RM10,000 | Penaja pertandingan dalaman seperti Liga Junior Bangi dan One Day Tournament (ODT) |
| Lain-lain | RM1,000–RM25,000 | Penajaan program tertentu, barangan, atau logistik |
Penaja akan menerima pengiktirafan melalui:

- Logo di jersi dan kit latihan
- Banner & bunting di padang semasa acara
- Post media sosial KBJB (Facebook, Instagram, laman web)
- Hebahan dalam kumpulan WhatsApp rasmi KBJB
Maklumat Pembayaran
Nama Akaun: Kelab Bolasepak Junior Bangi
Bank: Maybank (Bandar Baru Bangi)
No. Akaun: 5628 3463 9043
Sila e-mel bukti sumbangan ke: kbjb7625@gmail.com
Bank: Maybank (Bandar Baru Bangi)
No. Akaun: 5628 3463 9043
Sila e-mel bukti sumbangan ke: kbjb7625@gmail.com
Untuk sumbangan layak pengecualian cukai, hubungi kami dahulu sebelum anda membayar sumbangan.
Berminat Untuk Menjadi Penaja?
Kami amat menghargai sebarang bentuk sokongan.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut atau rundingan penajaan:
Hafidzi – 019-224 0314
Najib – 016 930 3650
Abdul Halim – 019-310 2552
Email: kbjb7625@gmail.com
Najib – 016 930 3650
Abdul Halim – 019-310 2552
Email: kbjb7625@gmail.com
Bersama-sama, kita boleh membina masa depan bolasepak yang lebih gemilang untuk anak-anak kita!
Penaja KBJB: Dulu & Kini