Peluang Penajaan KBJB

Sokong Bolasepak Akar Umbi. Bina Generasi Masa Depan.

Bantu Kami Membentuk Generasi Masa Depan Melalui Bolasepak Akar Umbi

KBJB bukan sekadar kelab bolasepak, ia adalah komuniti yang membina sahsiah, disiplin dan impian anak-anak. Sumbangan anda akan terus menyokong program latihan, penyertaan liga dan pembangunan jurulatih akar umbi.

Mengapa Sumbangan Anda Penting

Sumber utama kewangan KBJB hanyalah melalui yuran kelab yang dibayar oleh pelatih. Namun begitu, jumlah yuran ini tidak mencukupi untuk menampung kos operasi kelab yang melebihi RM120,000 setahun.

Antara kos operasi yang perlu ditampung:

Jenis Sumbangan yang Diterima

Kami mengalu-alukan dua jenis sumbangan:

1. Sumbangan Biasa

Terbuka kepada mana-mana pihak yang ingin membantu operasi kelab melalui sumbangan wang tunai, barangan, atau penajaan program.

2. Sumbangan Layak Pengecualian Cukai

KBJB berdaftar di bawah Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) melalui Tabung Sukan Negeri, dan sumbangan melalui saluran ini layak mendapat pengecualian cukai di bawah Subseksyen 44(6), Akta Cukai Pendapatan 1967. Resit rasmi pengecualian cukai akan dikeluarkan oleh MSNS.

Sila hubungi kami untuk prosedur sumbangan melalui saluran ini.

Pakej Penajaan KBJB

Kami menawarkan pelbagai pilihan penajaan yang fleksibel:
Jenis Penajaan Jumlah Sumbangan Faedah Penajaan
Platinum RM50,000 Penaja utama jersi Latihan & kejohanan serta promosi digital
Gold RM20,000 Penaja jersi kejohanan luar & acara utama
Silver RM10,000 Penaja pertandingan dalaman seperti Liga Junior Bangi dan One Day Tournament (ODT)
Lain-lain RM1,000–RM25,000 Penajaan program tertentu, barangan, atau logistik
Penaja akan menerima pengiktirafan melalui:

Maklumat Pembayaran

Nama Akaun: Kelab Bolasepak Junior Bangi

Bank: Maybank (Bandar Baru Bangi)

No. Akaun: 5628 3463 9043

Sila e-mel bukti sumbangan ke: kbjb7625@gmail.com
Untuk sumbangan layak pengecualian cukai, hubungi kami dahulu sebelum anda membayar sumbangan.

Berminat Untuk Menjadi Penaja?

Kami amat menghargai sebarang bentuk sokongan. Hubungi kami untuk maklumat lanjut atau rundingan penajaan:
Hafidzi – 019-224 0314
Najib – 016 930 3650
Abdul Halim – 019-310 2552
Email: kbjb7625@gmail.com
Bersama-sama, kita boleh membina masa depan bolasepak yang lebih gemilang untuk anak-anak kita!
Penaja KBJB: Dulu & Kini
Terima Kasih kepada Penaja Kami