Mengenai KBJB
Latar Belakang
Pada tahun 2007, kelab bolasepak ini ditubuhkan untuk anak-anak pensyarah dan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi. Dahulunya ia dikenali sebagai Liga Bolasepak Junior Bangi (LBJB). Setelah beberapa tahun, LBJB berkembang menjadi sebuah kelab bolasepak komuniti untuk kanak-kanak berumur antara 6 hingga 16 tahun yang menetap di Bangi, Kajang, Putrajaya dan kawasan sekitarnya. Kelab ini menggunakan sepenuhnya khidmat sukarela dari kalangan ibubapa sebagai jurulatih dan ahli jawatankuasa.
Pendaftaran Rasmi
Aktiviti KBJB
Visi
Kelab komuniti terbaik di dalam pembangunan bolasepak akar umbi.
Misi
Sentiasa aktif di dalam pembangunan dan pertumbuhan peribadi kanak-kanak melalui sukan bolasepak, dan menjadi ahli komuniti melalui kerja berpasukan dan semangat kekeluargaan.
Moto
Everybody Plays & No One Gets Paid